Bersama Sk Bukit Beringin

Amal Di Dunia Dan Amal Di Akhirat

17:11 Posted In Edit This 0 Comments »
Diriwayatkan bahawa ada seorang penguasa memiliki seorang budak hitam dan berwajah buruk di tengah-tengah sejumlah budak lainnya. Pada suatu hari dia ingin memberikan tambahan nafkah kepada para budak itu. Dia pun menyebarkan beberapa dinar ke tengah-tengah mereka. Tentu sahaja kesemua budak tadi segera mengambil dinar itu dengan tertawa dan gembira. sedangkan si pemilik budak mengawasi mereka dengan rasa senang kerana dapat membuat mereka gembira. Akan tetapi dia melihat seorang budak hitam berdiri memandang budak lain. Dia tidak maju dan mengambil sesuatu. Hal ini tentu merupakan sesuatu yang tidak kena.
Maka pemilik budak2 itu bertanya kepadanya. Mengapa engkau tidak memungut dinar seperti teman-temanmu itu?
Budak hitam menjawab :"Mereka mencari dinar, dan ini merupakan amal dunia. Dan aku mencari amal akhirat."
Kemudia pemilik tadi bertanya: "Apa itu?"
Dia menjawab : "Puasa, solat, zikir dan Ibadah"

0 ulasan: