Bersama Sk Bukit Beringin

PENANAMAN LIMAU KASTURI

08:26 Posted In Edit This 0 Comments »


There are three easy ways of losing money - racing is the quickest, women the most pleasant, and farming the most certain. Lord Amherst

Dari Jabir bin Abdullah RA, dia bercerita bahwa Rasulullah Saw bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya." (HR Imam Muslim)

Nama Tempatan:Limau kasturi

Nama Saintifik:Citrofortunella microcarpa

Nama Lain:limau cuit(kelantan),muslime,kalamansi,calamansi,calomondin,Calamondin Orange,Bugarom (Bisaya),

Famili:Rutaceae

Lokasi dijumpai:Lokasi gambar: halaman rumah

Asal:Asia tenggara (Filipina)

keterangan:

Pokok limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang boleh digolongkan dalam kategori pokok kecil. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter.Pembiakannya melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya dari jenis hemafrodite(dua jantina).Untuk mengeluarkan hasil yang optimum ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menggalakkan pembungaan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.

Buahnya berbentuk seperti buah limau dengan saiznya yang lebih kecil, lebih kurang sebesar ibu jari.Baunya harum dan menyegarkan. Dikebanyakan negara barat yang beriklim temperat tumbuhan ini dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik danberbau wangi serta buahnya yang menarik. Tambahan pula ia tahan terhadap fros

kegunaan:

Limau kasturi banyak digunakan khususnya dalam masakan di Asia tenggara terutamanya Thailand dan Filipina.Ia juga dijadikan perisa minuman.jusnya kaya dengan kandungan vitamin c.

Limau kasturi memberi nilai kormersial yg cukup baik. Penjagaan mudah dan pemasaran hasilnya cukup menarik dan memberi pulangan tunai yang berterusan seandainya pokok-pokok dijaga dengan baik dan trategi pemasannya dibuat dengan betul.

Jika anda mempunyai tanah terbiar yang mempunyai sistem saliran air yang baik, jauh dari kejadian banjir kilat atu air bertakung eloklah ditanam dengan limau kasturi. Bagi satu ekar tanah, anda boleh menanam sekitar 400 btg dengan jarak tanaman 10kaki X 10kaki.

Strategi pemasaran. Katalah anda tinggal berhampiran bandar. Bekalkan terus hasil limau kasturi di restoran-restoran atau kedai tonyam berhampiran. Kalau satu hari anda dapat membekalkan kepada 30 restoran dengan kadar 3 kilo sekali penghantaran, anda boleh memasarkan 90 kilo sehari. Seandainya sekilo boleh menghasilkan RM2 bererti anda boleh mendapat RM180 sehari.

Disamping itu anda boleh menanam benda-benda lain utk dipasarkan bersama. Contohnya; daun pisang, pucuk ubi, ulaman, nangka muda, daun limau purut, limau nipis, serai, kunyit /daun kunyit dan macam-macam lagi. So kalau satu restoran atau kedai tonyam anda boleh bekalkan RM20 sehari X 30 kedai anda boleh menghasilkan RM600 sehari.


0 ulasan: