Bersama Sk Bukit Beringin

MEMBIAK POKOK: TUT

21:51 Edit This 0 Comments »

Teknik ini di namakan keratan daun jenis lenturan udara (air layering ) atau tut. Apakah lenturan udara ini? Ia adalah satu cara mudah membiakkan pokok yang sukar dibiakkan melalui keratan dahan dan daun dan sangat sesuai kepada pokok yang mengandungi kayu keras seperti pokok limau, rambutan dan jambu.

Dengan cara ini anda tidak perlu untuk membeli anak pokok di kedai. Dengan mudah anda boleh membiakkan pokok rambutan atau jambu kesukaan anda dan yang pasti ia menjimatkan.

Info: Alat dan Bahan

1. Pisau cantuman

2. Gunting pemangkas/hand pruner

3. Pengalak akar/rooting hormone

4. Tali

Bahan:

1. Plastik lutsinar (10sm x 6 sm)

2. Media perakaran/bahan organik - (Mesti dilembapkan dulu)

3. Pengokot (Stapler)

Gunakan Peatgro sebagai media perakaran terbaik. (disarankan guna 100 peratus) - lebih mudah dan boleh dicampurkan dengan sebarang bahan media lain seperti serbuk sabut kelapa (cocoa pith), tanah loam atau sekam padi.

0 ulasan: